Diperlukan dalam suatu masyarakat demokratik

"Diperlukan dalam suatu masyarakat demokratik" (Bahasa Inggeris: necessary in a democratic society) ialah salah satu syarat sekatan hak yang termaktub dalam Perkara 8-11 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia mengenai hak ke atas kehidupan peribadi, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, dan kebebasan perhimpunan.[1] Menurut buku pedoman Dewan Eropah, frasa ini "boleh dikatakan merupakan salah satu klausa terpenting dalam Konvensyen [Eropah]".[2] Tujuan dari penambahan syarat sekatan ini ialah untuk memastikan bahawa sekatan hak itu amat "diperlukan" hanya untuk keperluan politik sahaja.[2] Syarat "diperlukan dalam suatu masyarakat demokratik" dan juga syarat-syarat sekatan lain dalam Perkara 8-11 telah disebut-sebut sebagai "sekatan meluas"; ini bertentangan dengan undang-undang Amerika Syarikat yang memperakui hak kebebasan bersuara yang hampir tidak terjad sesuai dengan Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat.[3]Dalam bidang kuasa Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, "diperlukan dalam suatu masyarakat demokratik" diperincikan lagi menjadi "keperluan sosial yang mendesak" dan "pembahagian".[4][2] Mahkamah Eropah memperincikan syarat-syarat ini dalam perkara Handyside v. United Kingdom, Silver v. United Kingdom, dan Lingens v. Austria yang dikaitkan dengan kebebasan berekspresi.